Wednesday, June 22, 2016

Kenapa Bil Elektrik TNB di cas 1%..? | Apa itu Feed In Tarif(FiT)





Contoh Bil Elektrik

Siapa yang pernah bayar bil elektrik mesti ada perasan bil elektrik korang ada cas 1% untuk tenaga boleh baharu yer dak..? tu pun kalau bil elektri korang lebih pada RM77.

Ramai bising dan maki TNB kan..hahahaha, so gua salah seorang blogger yang join SEDA MALAYSIA BLOGGER WORKSHOP ada diterangkan mengenai benda ni semua.

Mengenai kekeliruan yang ditimbulkan media-media sosial berkenaan caj satu peratus Dana Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) adalah kerja TNB sebenarnya adalah salah belaka..hehe

TNB telah menerangkan caj berkenaan bukan baru diperkenalkan dan juga bukan skim untuk mengutip wang tanpa pengetahuan pelanggan...sebenarnya Caj 1% ini sejak 2011 lagi

TNB hanya bertindak sebagai ejen pengutip dana berkenaan bagi pihak Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Caj sebanyak satu peratus berkenaan telah mula dilaksanakan pada Disember 2011 dan dikenakan kepada semua pengguna, kecuali bagi pelanggan domestik yang menggunakan tenaga kurang daripada 300 kilowat/jam (kWh) atau RM77 sebulan.


*************************






Sistem Feed In Tarif (FiT)

Perlaksanaan Sistem Tarif Galakan (Feed – In Tariff / Fit) dan kutipan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 1% daripada bil elektrik pengguna yang melebihi 300kWj sebulan telah dijadualkan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2011.

FiT adalah satu mekanisme yang membenarkan tenaga elektrik yang dijana daripada sumber TBB oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik pada kadar harga jualan atau tarif premium untuk satu tempoh yang telah ditetapkan.

Bagi menggalakkan pembangunan penjanaan tenaga elektrik daripada sumber TBB ditubuhkan di mana pihak kerajaan akan mengenakan 1% caj terhadap penggunaan elektrik bagi tujuan pengumpulan dana tabung tersebut. Surcharge ini dinamakan “Dana Kumpulan Wang TBB” dan akan dipaparkan dalam bil elektrik pengguna.

Dana yang dikutip oleh TNB ini akan disalurkan kepada kerajaan iaitu Sustainable Energy Development Authority (SEDA) bagi tujuan pembangunan sumber TBB dibawah Skim FiT.

Sistem FiT ini tidak dibiayai oleh kerajaan, walau bagaimanapun penyaluran kos kepada dana TBB iaitu, Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu merupakan hasil sumbangan 1% jumlah penggunaan bil elektrik pengguna yang menggunakan 300 unit ke atas (RM77)


Apakah FAEDAH TBB dan FIT kepada pengguna dan Negara?


Alam Sekitar – Penjanaan tenaga elektrik dari sumber TBB adalah langkah yang mesra alam. Sumber tenaga elektrik dari TBB mengeluarkan Gas Rumah Hijau (GHG) pada tahap minimum atau tanpa pelepasan (Zero emission) GHG. Kualiti kehidupan akan meningkat dengan alam sekitar yang lestari.

Ekonomi – FiT memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat terlibat dalam penjanaan TBB termasuk pemilik rumah melalui pemasangan sistem solar fotovolta (PV) yang merupakan pelabur terbaik.

Amalan kecekapan tenaga dapat mengurangkan perbelanjaan bil elektrik pengguna–pengguna yang menggunakan elektrik kurang daripada 300kWj sebulan tidak perlu menyumbang kepada kumpulan Wang TBB bagi perlaksanaan FiT. Bilangan unit penggunaan elektrik akan berkurangan, seterusnya bil elektrik juga akan berkurangan. Pengguna masih boleh menikmati cara hidup yang sama dengan menggunakan tenaga elektrik secara bijak dan produktif.


Untuk maklumat lanjut korang boleh wusha WEBSITE SEDA MALAYSIA

No comments: