Monday, July 25, 2016

2 Perkara Yang Ramai Patut Tahu Bila Kereta Anda Terlibat Dalam Kemalangan



Tahukah anda jika kemalangan dan longkai (penarik kereta) datang dan longkai akan suruh tandatangan dokumen supaya mereka dapat komisen 10%?


Janganlah sesekali anda tandatangan dokumen tu dan tak perlu risau longkai akan gertak dan momokkan dengan cerita sedih itu la ini la.


Jadi apa tindakan anda?



Pertama jangan tandatangan dokumen tu.

Kedua cakap kat dia saya cuma nak towing sahaja. Biasanya caj dalam RM200 je.


Tarik kereta anda ke balai yang sepatutnya untuk buat laporan polis (ikut kawasan la).


Lepas buat laporan suruh longkai tu hantar ke bengkel panel yang buat repair. Haaa yang kena ada pengalaman kalau tak ada pun tak apa just call insurancedan minta alamat panel yang buat repair kemalangan.


Lepas tu, hehehe ni bahagian yang best. Tibalah giliran anda pula untuk claim10 peratus dari tokey bengkel.


Caranya esok adjuster insurance akan datang bengkel dan kira jumlah kerosakan. Katalah kereta mahal BMW ke Mercedes ke total repair RM100,000so anda boleh claim RM10K dekat tokey bengkel sebab anda dah bagi job kat tokey bengkel.


Sebab tu la longkai bergaduh berebut kereta sebab nak dapat duit komisen dari bengkel kereta.


Dan juga hati-hati ada bengkel kuat kencing sebab dia dapat claim dari insurance tapi dia tak tukar barang tu, dia just repair je.


Dan juga hati-hati kalau longkai kata hantar kat bengkel saya. Heheheh. Tu longkai penipu sebab longkai tak ada bengkel. Dia just pancing je.



Ini pengalaman aku la. Dulu aku kemalangan kereta hancur total claim RM120,000.


Jadi tokey bengkel tu terpaksa la bagi aku RM12k komisen dan juga lost of use 3 bulan sebab ambil masa lama untuk repair dan longkai hanya dapat duit towing je RM180. Hahahah memang panas longkai tu sebab tak berjaya nak makan aku.


Dan juga call insurance dan suruh dia emel detail barang yang sepatutnya tukar. Lepas tu cek satu-satu lepas siap repair.


Kalau kurang satu korang minta duit kat tokey bengkel tu. Kalau tak korang gertak nak buat repot polis sebab dia tipu. Dulu tokey bengkel kena gertak dengan aku terus dia bayar kat aku. Hahahah.





TAHUKAH ANDA?


Korang tau tak kalau korang kemalangan, selain boleh claim repair, korang jugak boleh claim Loss Of Use. Dia orang bagi pampasan RM30-RM50 sehari.


Katalah kereta korang duk dalam bengkel 30 hari, insuran akan bagi RM30 sehari.


Jadi, korang akan dapat RM900 selama kereta dibaiki. Tapi disebabkan rakyat Malaysia kurang perihatin akan hak pengguna, majoriti tak tahu pasal pampasan Loss of Use.




Sumber : Thevocket Dot Com

Tuesday, July 12, 2016

Cara Baharu Perbaharui Roadtax & Insuran Kereta Mulai 1.9.2016


Peraturan cara baru bagi perbaharui cukai jalan (roadtax) dan insuran kereta mulai 1 September 2016.

Monday, July 11, 2016

Siapakah KiWi, Rakyat Malaysia Yang Menceroboh Zon Terlarang Fukushima Di Jepun

Sejak 2 hari lepas kecoh di media sosial tentang pendedahan berani seorang pemuda yang mengaku telah menceroboh masuk ke zon terlarang dan dicemari radiasi nuklear di Fukushima, Jepun.
Bagi saya sendiri yang telah mengikuti beliau sejak tahun lepas, apa yang dilakukan oleh Keow Wee Loong atau lebih dikenali sebagai KiWi, graduan lulusan undang-undang tetapi memilih kerjaya sebagai fotografer ekstrim sepenuh masa, ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan.
Memegang prinsip YOLO (you only live once) KiWi sebenarnya telah banyak kali melakukan kerja gila.
Apatah lagi beliau juga merupakan seorang rooftopper, satu aktiviti memanjat dan mengambil gambar dari bangunan tinggi.
Berikut antara senarai tindakan berani tapi gila beliau sebelum ke zon larangan di Fukushima, Jepun.
1. Memanjat Shanghai Tower tanpa sebarang alat keselamatan.
kiwi-1
SUMBER GAMBAR: KIWI
2. Memanjat bangunan pencakar langit di Malaysia. Dan ia telah dilakukan banyak kali oleh KiWi.
kiwi-3
SUMBER GAMBAR: KIWI
kiwi-4
SUMBER GAMBAR: KIWI
3. Memanjat 1 Centrum Tower dan kemudiannya di tahan polis.
kiwi-5
SUMBER GAMBAR: KIWI
4. Menyelinap naik dan memanjat beberapa bangunan tinggi di Hong Kong
kiwi-6
SUMBER GAMBAR: KIWI
5. Memanjat Swiss AEX ferris wheel di Hong Kong sehari sebelum ianya dibuka kepada umum.
kiwi-7
SUMBER GAMBAR: KIWI
6. Menyelinap naik tanpa izin ke Gunung Bromo, Indonesia dan merakam cahaya biru yang dikeluarkan dari dasar kawah Ijen .
Sewaktu di sini KiWi hampir lemas kerana asap dan udara beracun. Cahaya biru tersebut berjaya dirakam hanya sejauh 800 meter daripada tempat di mana beliau berdiri.
kiwi-9
SUMBER GAMBAR: KIWI
7. Memanjat Ping An Finance Center di Shenzen, China pada malam tahun baru 2015.
Beliau terserempak dengan pengawal keselamatan di tingkat 15 hingga berlaku adegan hide and seek. KiWi berjaya sampai ke puncak dan sempat merakam pemandangan menarik.
kiwi-10
SUMBER GAMBAR: KIWI
8. Menyelinap hingga ke puncak bangunan Marina 101 di Dubai yang masih dalam pembinaan bersama rooftopper Ibnu Anwar dan free runner Abudi Al Sagoff (keduanya juga rakyat Malaysia).
Marina 101 merupakan bangunan kediaman tertinggi di dunia (427 meter).
kiwi-11
SUMBER GAMBAR: KIWI
9. Menyelinap naik ke puncak Wat Arun di Bangkok dan kemudiannya ditahan oleh pihak berkuasa Thailand.
kiwi-12
SUMBER GAMBAR: KIWI
10. Tahun baru 2016 diraikan oleh Kiwi di puncak salah satu bangunan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
kiwi-13
SUMBER GAMBAR: KIWI
11. Tahun 2016 – KiWi ke Gunung Bromo sekali lagi.
Kali ini beliau dan 2 rakannya menyusup naik ke gunung yang sedang ditutup untuk lawatan.
Pada ketika itu Bromo sedang menghasilkan letusan dan gegaran. Dan mereka ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan.
kiwi-14
SUMBER GAMBAR: KIWI
12. Terkini – Menceroboh ke zon larangan nuklear Fukushima, Jepun bersama rakannya Koji.
Sesuatu yang berbeza dan sangat berbahaya! Menurut KiWi beliau dapat merasakan bahang panas di mata dan bau kimia yang kuat di udara sewaktu berada di bandar yang ditinggalkan ini.
kiwi-17
SUMBER GAMBAR: KIWI
Everything we do comes with a risk. Yes, I broke the law but if it’s for a good cause and as long as I didn’t hurt anyone or damage any property in the process, I’m okay with it.
I’m a weird person. I do exciting things that normal people might find a bit too much. I was born in July and I’m a Cancer – a crab never walks straight;ujar KiWi sewaktu ditemuramah oleh TimeOut.com.