Monday, June 27, 2016

HATI-HATI : LPT Kena Simbah Minyak Lagi !



Kepada yang tinggal di pantai timur ..lebuhraya LPT disimbah minyak sekali lgi ..terjadi seperti cuti raya yang lepas2..member balik kuantan semalam 26/6/2016..hampir terbabas tapi sempat mengawal kenderaan.minta hebahkan perkara ni..

FB : Hoho Ustaz

Ahmad Husni dipelawa sertai Amanah

Ahmad Husni difahamkan telah meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tambun termasuk beberapa jawatan dalam UMNO Perak selepas pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri semalam. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak hari ini mempelawa bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah untuk menyertai Amanah susulan peletakan jawatannya di dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Setiausahanya, Safarizal Saleh dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, parti itu membuka ruang seluas-luasnya kepada Ahmad Husni yang turut baharu melepaskan jawatannya dalam Kabinet.

"Pelawaan ini terbuka jika hasrat Datuk Seri Husni untuk terus memperjuangkan keadilan melalui wadah Amanah yang dirasai sesuai berikutan penamatan perkhidmatan beliau yang juga Menteri Kewangan Kedua dalam rombakan Kabinet Malaysia semalam.

"Pemuda Amanah Perak yakin banyak isu disebalik penamatan perkhidmatan sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak semalam yang amat mengejutkan," katanya.

Dalam pada itu, Safarizal memuji tindakan Ahmad Husni dan yakin terdapat isu disebalik peletakan jawatannya itu.


Ahmad Husni difahamkan telah meletak jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Tambun termasuk beberapa jawatan dalam UMNO Perak selepas pengumuman rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri semalam.

Portfolio beliau kini diambil alih oleh Datuk Johari Abdul Ghani.


Sumber : Astro Awani

'Arwah Kakak Kami Maut Akibat Airbag Honda'


Lihatlah pada keadaan kereta ini. Siapa sangka kereta yang kelihatan begitu minor kerosakkannya boleh menyebabkan kematian?

Kehilangan nyawa dan kehilangan seorang ibu kepada dua orang anak yang masih di bangku sekolah. Yang sulung akan menduduki peperiksaan UPSR tidak alam lagi, menjadikan mereka anak yatim piatu dalam sekelip mata. 

Benar, ajal itu tidak dapat diduga dan tidak menunggu walaupun sesaat. Kami redha dengan pemergiannya. 

Tetapi, Honda Malaysia sepatutnya menjadikan kejadian ini sebagai iktibar agar dapat memperbesarkan kempen penukaran airbag yang dikatakan bermasalah dan kini telah terbukti sehingga menyebabkan kehilangan nyawa. 

Pihak forensik juga telah mengesahkan punca kematian mangsa adalah berpunca dari masalah airbag kereta tersebut. 

Saya petik dari laporan berkaitan faulty airbag ini:
 "Takata-made airbag inflaters can explode with too much force when the airbag deploys in a crash, sending SHRAPNEL SHOOTING into a vehicle's cabin."
Persoalannya sekarang ialah, apakah tindakan Honda yang menunjukkan bahawa pihak mereka mengambil serius aspek keselamatan pengguna Honda di Malaysia? 

Untuk makluman, arwah menerima appointment penukaran airbag selepas hari raya. Adakah ini menunjukkan bahawa Honda Malaysia mengambil serius akan perkara ini? Jika ianya sudah terbukti bermasalah, bukankah pihak Honda perlu bertanggungjawab dan mengambil tindakan segera dan lebih serius demi keselamatan semua pengguna Honda? 

Arwah kakak kami sudah pergi, tanah kuburnya masih basah. Tetapi tolonglah jangan biarkan insiden yang sama berulang lagi. 

Al-fatihah buath Allahyarham Azlin Haron. Mohon sahabat dan kenalan semua mendoakan arwah dan juga anak-anaknya yang masih hidup. 

Kepada pengguna Honda City, Accord, Civic, segeralah ke pusat servis Honda berdekatan untuk jalani pemeriksaan dan penukaran airbag jika perlu. - Roslinya Latip


Terdahulu, Harian Metro melaporkan mangsa yang berusia 44 tahun itu maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan sebelum bergesel dengan sebuah kereta Mercedes Benz.

Bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati mangsa tidak tersepit berikutan keretanya hanya bergesel dalam kemalangan itu.

Petugas perubatan Hospital Sungai Buloh yang tiba di tempat kejadian menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa dan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia. - PIXEL MEDIA

Sunday, June 26, 2016

Hilang Berbillion Akibat Brexit!

Seramai 400 orang Billionaire di seluruh dunia telah mengalami kerugian besar berjumlah hamper $127 Billion akibat daripada keputusan referendum EU yang mana rakyat United Kingdom telah mengundi untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

Menurut Indeks Billionaire Bloomber, hampir semua daripada mereka kerugian 3.2% dan keseluruhan jumlah sebanyak $3.9 trillion.


Kerugian terbesar dialami oleh Amancio Ortega ( pemilik Zara) yang mengalami kerugian sebanyak 6billion manakala 9 orang lagi melebihi $1Billion terasuklah Bill Gates (Microsof), Jeff Bezos ( Amazon) dan GeraldCavendish Grosvenor (orang terkaya di UK)

Hebat kan penangan Referendum ni.. Untung kepada trader FOREX yang berpeluang untuk trade pada waktu ini! 

Kehidupan Di Facebook Lebih Penting Dari Realiti



1. Aku faham desakan hidup sekarang macam mana.

2. Kau buka Facebook, kau tengok orang itu berjaya. Kau tengok dia grad master. Kau tengok kawan kau baru bagi talk. Kau tengok kawan kau baru buka kedai. Kau tengok orang itu tukar kereta baru. Kau tengok orang beli rumah baru, tayang dia tengah sign SPA. 

3. Semua orang berjaya dalam media sosial ini kerana tiada orang akan letak bukti yang kehidupan dia tak cool sangat sebenarnya. 

4. Jumpa selebriti, letak gambar. Jumpa menteri, letak gambar. Semua orang nak share sesuatu yang buat diri dia rasa penting. 

5. Dalam Facebook, Twitter dan apa jadah semua ini, kau nak rasa diri kau penting.

6. Kau nak viralkan kehidupan kau sebab kau nak rasa orang peduli pasal pandangan kau. Kau matters. Your opinion matters. 

7. Tetapi bila kau tengok hidup kau, kau rasa hidup kau tak sehappening orang lain. 

8. Kau tak buat benda-benda yang buat orang respect, kagum dengan kau.

9. Kau mula merasakan diri kau kecil.

10. Kau tengok orang lain berbuka puasa di luar, makan dengan kawan-kawan, hip hip hipster. Nampak bahagia saja dan seronok saja semuanya. 

11. Kau tengok gambar itu, tengok kawan kau pakai tudung apa, kasut apa. Suami dia boroi tak, isteri dia dah gemuk ke, jam apa dia pakai, kasut apa dia pakai. 

12. Kau mula rasa diri kau semakin kecil. Sudahlah tak ada orang like kau punya status, kau pila berbuka puasa di rumah. 

13. Makan pun makanan pasar ramadhan yang statusnya 50-50.

14. "Oh shit! Tak coolnya hidup aku berbanding dengan orang lain."

15. Sedangkan setiap hari kau berbuka dengan keluarga kau. Setiap hari kau ada masa untuk buat perkar-perkara penting yang sepatutnya kau buat. Benda-benda rutin yang orang tak tunjuk dalam Facebook seperti lipat kain, cuci berak anak, cuci pinggan atau tidur pada waktu yang sesuai. 

16. Kita tidak akan nampak apa kekurangan orang lain sebab kita hanya kongsi kelebihan kita. 

17. Sehinggakan ada masanya kita sendiri tidak sedar dan tak rasa cukup dengan apa yang kita ada.

18. Kita takkan rasa cukup kalau kita bandingkan apa yang kita ada dengan apa yang orang lain ada. 

19. Kita takkan tahu apa yang mereka tak ada. Tak ada orang nak dia nampak common people dalam Facebook ini.

20. Sebab kita yang tak berapa ada pun hanya suka menunjuk apa yang kita ada kan? 




Kredit to Pixel Media




Wednesday, June 22, 2016

Difteria: Sejarah Kini Berulang Kembali – Dr. Mohd Shaiful Ehsan



Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan berita kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun meninggal dunia akibat jangkitan bakteria difteria. Sehubungan dengan itu juga, ramai di antara kita buat pertama kalinya mendengar perkataan difteria di media massa ataupun mengimbau kembali jangkitan difteria yang sudah lama tidak diperkatakan. Mengapa?


Kerana ianya seharusnya menjadi sejarah yang tidak berulang! Malah, ada di antara pengamal perubatan sendiri tidak pernah melihat atau bertemu dengan pesakit difteria dalam hidup mereka, dek kerana kawalan penyakit melalui vaksin yang berjaya mengekang penularan penyakit tersebut. Tidak salah jika saya nyatakan difteria pernah menjadi sejarah yang dikenali melalui buku sahaja. Justeru, mari kita kenali kembali apa itu difteria?


Apa itu difteria?


Difteria adalah jangkitan kuman oleh bakteria “Corynebacterium diphtheria”. Bakteria ini akan mengeluarkan toksin yang berbahaya kepada pengidapnya yang boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung, kegagalan fungsi saraf dan kegagalan pernafasan, justeru membawa maut. Ia boleh menghasilkan pembentukan seakan lapisan selaput nanah berwarna kelabu-kehijauan pada saluran kerongkong pesakit sehingga jauh ke dalam bahagian laluan pernafasan atas (larynx), yang mana boleh menyebabkan kesukaran pesakit bernafas.


Siapa yang cenderung mendapat jangkitan difteria?


Umumnya terjadi pada mereka yang tidak diberi suntikan vaksin pencegahan difteria.


Apakah gejala-gejala difteria?


Perlu ditekankan di sini difteria boleh hadir dengan gejala yang sangat tidak khusus pada peringkat awalnya, seperti gejala-gejala demam biasa. Antaranya termasuklah demam ringan dan sederhana, sakit tekak dan sakit ketika menelan atau bengkak leher. Justeru, ianya boleh disalah-anggap sebagai jangkitan kuman tekak yang biasa sekiranya tidak disyaki lebih awal dan dipandang serius. Akhirnya, pesakit boleh hadir dengan kesukaran bernafas, mahupun kematian.


Kebarangkalian kematian?


Tanpa rawatan awal, ia boleh mencecah kepada keberangkalian kematian sehingga 20 peratus, terutama pada kanak-kanak dan golongan yang lanjut usia.


Bagaimana ia boleh merebak?


Difteria sangat MUDAH merebak melalui batuk dan bersin pesakit.


Bagaimana jangkitan difteria dapat dikesan?


Difteria dapat dikenalpasti apabila pihak doktor mengambil sampel kuman pada tekak pesakit dan mengenalpasti kuman tersebut di makmal. Namun rawatan awal akan senantiasa diberikan pada kali pertama berjumpa pesakit biarpun kuman belum dapat dikenalpasti. Ini kerana, penyakit difteria ini boleh menjadi teruk dalam masa yang singkat.


Adakah ianya boleh dirawat?


Ya. Bakteria ini dapat dikawal dengan rawatan antibiotik seperti penicillin atau erythromycin. Terdapat juga keperluan antitoxin yang mana mampu mengawal penularan toksin difteria di dalam darah. Namun, ianya tidak dapat memusnahkan toksin yang sudah melekat pada tisu badan. Perlu diingatkan tidak semua fasiliti kesihatan ada mempunyai antitoksin tersebut kerana amat jarang penyakit ini berlaku. Pesakit juga perlulah diberi pemantauan rapi di dalam hospital dan dikuarantikan untuk mencegah jangkitan kepada individu yang lain.


Bolehkah difteria berulang?


Ya, jangkitan difteria boleh berulang biarpun anda pernah menghidapi jangkitan difteria. Justeru, setiap individu perlulah mengambil langkah pencegahan dengan mendapatkan imunisasi difteria yang berkesan melalui suntikan vaksin dan mampu menurunkan risiko mendapat jangkitan difteria.


Apakah cara terbaik mencegah difteria?


Cara terbaik mencegah difteria adalah mendapatkan imunisasi vaksin difteria.


Bagaimanakah jadual imunisasi difteria di Malaysia?


Pemberian imunisasi vaksin di Malaysia adalah diberi serentak dengan imunisasi penyakit polio dan tetanus yang diberikan pada bayi berusia 2 bulan, 3 bulan dan 5 bulan (keseluruhan 3 dos) dan mendapat dos booster pada usia 18 bulan dan 7 tahun.


Bagaimana jika anak saya tidak pernah mendapatkan imunisasi difteria?


Imunisasi difteria boleh diberikan biarpun anda sudah menjangkau usia kanak-kanak, remaja mahupun dewasa dan tidak pernah mendapatkan vaksin difteria. Silalah mendapat maklumat lanjut dari pihak doktor anda untuk maklumat lanjut vaksin tersebut.


Justeru itu, diharap artikel ini dapat memberi kesedaran yang mendalam kepada semua, terutama berkenaan bahaya penyakit difteria dan pentingnya pencegahan jangkitan difteria melalui imunisasi. Mari beri sokongan pada program vaksin. Mari bersama-sama menjadikan difteria sebagai satu sejarah yang tidak boleh berulang lagi.


Dr. Shaiful Ehsan sedang melanjutkan pelajaran beliau untuk menjadi seorang Pakar Perubatan Keluarga dan kini merupakan seorang pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau sangat mementingkan pendidikan kesihatan kepada semua pesakit beliau.


Rujukan:
Textbook – General practice John Murtagh
www.myhealth.gov.my > bayi & kanak-kanak

Kenapa Bil Elektrik TNB di cas 1%..? | Apa itu Feed In Tarif(FiT)





Contoh Bil Elektrik

Siapa yang pernah bayar bil elektrik mesti ada perasan bil elektrik korang ada cas 1% untuk tenaga boleh baharu yer dak..? tu pun kalau bil elektri korang lebih pada RM77.

Ramai bising dan maki TNB kan..hahahaha, so gua salah seorang blogger yang join SEDA MALAYSIA BLOGGER WORKSHOP ada diterangkan mengenai benda ni semua.

Mengenai kekeliruan yang ditimbulkan media-media sosial berkenaan caj satu peratus Dana Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) adalah kerja TNB sebenarnya adalah salah belaka..hehe

TNB telah menerangkan caj berkenaan bukan baru diperkenalkan dan juga bukan skim untuk mengutip wang tanpa pengetahuan pelanggan...sebenarnya Caj 1% ini sejak 2011 lagi

TNB hanya bertindak sebagai ejen pengutip dana berkenaan bagi pihak Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Caj sebanyak satu peratus berkenaan telah mula dilaksanakan pada Disember 2011 dan dikenakan kepada semua pengguna, kecuali bagi pelanggan domestik yang menggunakan tenaga kurang daripada 300 kilowat/jam (kWh) atau RM77 sebulan.


*************************






Sistem Feed In Tarif (FiT)

Perlaksanaan Sistem Tarif Galakan (Feed – In Tariff / Fit) dan kutipan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 1% daripada bil elektrik pengguna yang melebihi 300kWj sebulan telah dijadualkan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2011.

FiT adalah satu mekanisme yang membenarkan tenaga elektrik yang dijana daripada sumber TBB oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik pada kadar harga jualan atau tarif premium untuk satu tempoh yang telah ditetapkan.

Bagi menggalakkan pembangunan penjanaan tenaga elektrik daripada sumber TBB ditubuhkan di mana pihak kerajaan akan mengenakan 1% caj terhadap penggunaan elektrik bagi tujuan pengumpulan dana tabung tersebut. Surcharge ini dinamakan “Dana Kumpulan Wang TBB” dan akan dipaparkan dalam bil elektrik pengguna.

Dana yang dikutip oleh TNB ini akan disalurkan kepada kerajaan iaitu Sustainable Energy Development Authority (SEDA) bagi tujuan pembangunan sumber TBB dibawah Skim FiT.

Sistem FiT ini tidak dibiayai oleh kerajaan, walau bagaimanapun penyaluran kos kepada dana TBB iaitu, Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu merupakan hasil sumbangan 1% jumlah penggunaan bil elektrik pengguna yang menggunakan 300 unit ke atas (RM77)


Apakah FAEDAH TBB dan FIT kepada pengguna dan Negara?


Alam Sekitar – Penjanaan tenaga elektrik dari sumber TBB adalah langkah yang mesra alam. Sumber tenaga elektrik dari TBB mengeluarkan Gas Rumah Hijau (GHG) pada tahap minimum atau tanpa pelepasan (Zero emission) GHG. Kualiti kehidupan akan meningkat dengan alam sekitar yang lestari.

Ekonomi – FiT memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat terlibat dalam penjanaan TBB termasuk pemilik rumah melalui pemasangan sistem solar fotovolta (PV) yang merupakan pelabur terbaik.

Amalan kecekapan tenaga dapat mengurangkan perbelanjaan bil elektrik pengguna–pengguna yang menggunakan elektrik kurang daripada 300kWj sebulan tidak perlu menyumbang kepada kumpulan Wang TBB bagi perlaksanaan FiT. Bilangan unit penggunaan elektrik akan berkurangan, seterusnya bil elektrik juga akan berkurangan. Pengguna masih boleh menikmati cara hidup yang sama dengan menggunakan tenaga elektrik secara bijak dan produktif.


Untuk maklumat lanjut korang boleh wusha WEBSITE SEDA MALAYSIA

16 Pekerjaan Gaji Tinggi Di Malaysia Tanpa Perlukan Ijazah

Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.


Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain
Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.


1. Juruterbang

Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.


2. Penasihat Kewangan

Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.


3. Agen Insuran

Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd,Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini.


4. Agen Hartanah

Menjadi ejen hartanah atau property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Baca di sini berkaitan pensijilan yang diperlukan untuk menjadi ejen hartanah profesional. Broker Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita dengar. Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Senarai maklumat atau ebook berkaitan hartanah di Malaysia boleh baca di sini

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas,MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia)

Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.

Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;


5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).

12. Safety & Health Officer

Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard

NIOSH

DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar)


13. Rig Operator / Operator pelantar minyak

Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas. Elaun harian yang diterima pastinya dapat menambahkan pendapatan. namun perlu ingat bahawa kerjaya sebegini perlu berkorban untuk berjauhan dengan keluarga.


14. Wireman

Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.


15. Chargeman

Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)


16. RoHS officer

RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS

Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semangat yang tinggi untuk berjaya.


17. Peniaga Online (Dropship)

Ramai orang sangka bahawa untuk memulakan sesuatu perniagaan online memerlukan modal besar, namun anda silap kerana anda mampu berjaya dalam bidang ini tanpa menggunakan modal yang besar. Anda boleh bermula dengan konsep dropship, di mana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk stok barang. Cukup dengan mengeluarkan kos iklan dan pemasaran. Anda hanya perlu mengambil order sahaja. Pos barang dan produk semua diurus pemilik produk. Mudah bukan? Ramai yang sudah berjaya menambahkan pendapatan mereka dengan hanya berusaha keras sebagai ejen dropship.