Wednesday, June 22, 2016

Kenapa Bil Elektrik TNB di cas 1%..? | Apa itu Feed In Tarif(FiT)





Contoh Bil Elektrik

Siapa yang pernah bayar bil elektrik mesti ada perasan bil elektrik korang ada cas 1% untuk tenaga boleh baharu yer dak..? tu pun kalau bil elektri korang lebih pada RM77.

Ramai bising dan maki TNB kan..hahahaha, so gua salah seorang blogger yang join SEDA MALAYSIA BLOGGER WORKSHOP ada diterangkan mengenai benda ni semua.

Mengenai kekeliruan yang ditimbulkan media-media sosial berkenaan caj satu peratus Dana Tenaga Boleh Diperbaharui (RE) adalah kerja TNB sebenarnya adalah salah belaka..hehe

TNB telah menerangkan caj berkenaan bukan baru diperkenalkan dan juga bukan skim untuk mengutip wang tanpa pengetahuan pelanggan...sebenarnya Caj 1% ini sejak 2011 lagi

TNB hanya bertindak sebagai ejen pengutip dana berkenaan bagi pihak Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA).

Caj sebanyak satu peratus berkenaan telah mula dilaksanakan pada Disember 2011 dan dikenakan kepada semua pengguna, kecuali bagi pelanggan domestik yang menggunakan tenaga kurang daripada 300 kilowat/jam (kWh) atau RM77 sebulan.


*************************






Sistem Feed In Tarif (FiT)

Perlaksanaan Sistem Tarif Galakan (Feed – In Tariff / Fit) dan kutipan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (TBB) sebanyak 1% daripada bil elektrik pengguna yang melebihi 300kWj sebulan telah dijadualkan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2011.

FiT adalah satu mekanisme yang membenarkan tenaga elektrik yang dijana daripada sumber TBB oleh pemaju bebas dan individu dijual kepada syarikat utiliti bekalan elektrik pada kadar harga jualan atau tarif premium untuk satu tempoh yang telah ditetapkan.

Bagi menggalakkan pembangunan penjanaan tenaga elektrik daripada sumber TBB ditubuhkan di mana pihak kerajaan akan mengenakan 1% caj terhadap penggunaan elektrik bagi tujuan pengumpulan dana tabung tersebut. Surcharge ini dinamakan “Dana Kumpulan Wang TBB” dan akan dipaparkan dalam bil elektrik pengguna.

Dana yang dikutip oleh TNB ini akan disalurkan kepada kerajaan iaitu Sustainable Energy Development Authority (SEDA) bagi tujuan pembangunan sumber TBB dibawah Skim FiT.

Sistem FiT ini tidak dibiayai oleh kerajaan, walau bagaimanapun penyaluran kos kepada dana TBB iaitu, Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu merupakan hasil sumbangan 1% jumlah penggunaan bil elektrik pengguna yang menggunakan 300 unit ke atas (RM77)


Apakah FAEDAH TBB dan FIT kepada pengguna dan Negara?


Alam Sekitar – Penjanaan tenaga elektrik dari sumber TBB adalah langkah yang mesra alam. Sumber tenaga elektrik dari TBB mengeluarkan Gas Rumah Hijau (GHG) pada tahap minimum atau tanpa pelepasan (Zero emission) GHG. Kualiti kehidupan akan meningkat dengan alam sekitar yang lestari.

Ekonomi – FiT memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat terlibat dalam penjanaan TBB termasuk pemilik rumah melalui pemasangan sistem solar fotovolta (PV) yang merupakan pelabur terbaik.

Amalan kecekapan tenaga dapat mengurangkan perbelanjaan bil elektrik pengguna–pengguna yang menggunakan elektrik kurang daripada 300kWj sebulan tidak perlu menyumbang kepada kumpulan Wang TBB bagi perlaksanaan FiT. Bilangan unit penggunaan elektrik akan berkurangan, seterusnya bil elektrik juga akan berkurangan. Pengguna masih boleh menikmati cara hidup yang sama dengan menggunakan tenaga elektrik secara bijak dan produktif.


Untuk maklumat lanjut korang boleh wusha WEBSITE SEDA MALAYSIA

16 Pekerjaan Gaji Tinggi Di Malaysia Tanpa Perlukan Ijazah

Di Malaysia, untuk bekerja di mana-mana agensi swasta atau kerajaan, perlu diingat bahawa kelulusan minima yang perlu ada ialah SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Bukan itu sahaja tetapi pelajar juga harus aktif dalam ko-kurikulum dan mendapat komen positif dalam sijil berhenti sekolah.


Ini adalah penting, walaupun seseorang itu tidak berminat, berkemampuan atau layak untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading, perkara yang disebutkan tadi mestilah ada untuk rujukan bakal majikan. Ini perlu difahami dan senario ini mungkin berbeza dengan negara-negara lain
Berikut adalah 16 kerjaya yang yang boleh memberi pulangan yang lumayan kepada yang berminat, walaupun anda tidak mempunyai ijazah dari universiti.


1. Juruterbang

Kerjaya ini memerlukan modal yang besar kerana kursus yang ditawarkan sebelum anda menjadi seorang juruterbang bertauliah boleh sampai ke ratusan ribu ringgit. Walaubagaimana pun, gaji yang bakal anda terima juga amat lumayan sekali. Terdapat beberapa akademi yang menyediakan kursus Commercial Pilot Licence, seperti Malaysian Flying Academy yang terletak di Melaka.


2. Penasihat Kewangan

Juga dikenali sebagai ‘wealth advisor’ merupakan individu yang mengurus dan memberi khidmat nasihat terhadap pelaburan kewangan anda, sebagai contoh dalam unit amanah. Semua bank dan institusi kewangan ada menawarkan banyak pilihan kepada pengguna untuk melaburkan wang mereka.


3. Agen Insuran

Cara untuk menjadi ejen insuran ialah pemohon perlu lulus ujian berkaitan. Antara syarikat yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia dan popular di Malaysia adalah Takaful Ikhlas Sdn Bhd,Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Takaful Berhad dan lain-lain. Terbukti telah ramai yang berjaya malah menjadi jutawan selepas menceburi bidang ini.


4. Agen Hartanah

Menjadi ejen hartanah atau property agent juga boleh mendatangkan pulangan dan kepuasan yang besar kepada sesiapa yang berminat. Baca di sini berkaitan pensijilan yang diperlukan untuk menjadi ejen hartanah profesional. Broker Rumah, Broker Tanah, ini adalah istilah lain yang biasa kita dengar. Mereka ini telah berjaya mengaut keuntungan yang amat lumayan hasil daripada ‘mark-up’ harga hartanah yang dijual. Ada yang menjangkau angka RM50,000 untung atas angin selepas satu jualan yang telah dihasilkan. Senarai maklumat atau ebook berkaitan hartanah di Malaysia boleh baca di sini

Bagi mereka yang berminat untuk bekerja di dalam bidang ‘oil and gas’ seperti di Petronas,MMHE, Schlumberger, Talisman Energy, untuk menjadi tenaga kerja pakar dan berkelayakan, anda perlu menduduki sijil-sijil profesional yang ditawarkan oleh CSWIP dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (SkillsMalaysia)

Rig Operator / Operator pelantar minyak di antara kerjaya yang menjanjikan pendapatan tinggi.

Kebaikan sijil yang dikeluarkan CSWIP ialah ia diiktiraf diperingkat antarabangsa dan bukan sahaja di Malaysia. Antara sijil, dan seterusnya kerjaya yang anda boleh ceburi ialah;


5. Welding Inspector
6. Welding QC Co-ordinator
7. Plant Inspector
8. Offshore Inspection
9. Non-destructive Testing
10. Plastics Welders
11. Welder (ini juga terdapat pelbagai-bagai pengkhususan)

Satu lagi badan yang banyak menawarkan sijil-sijil profesional ialah NIOSH atau National Institute Of Safety and Health (Malaysia).

12. Safety & Health Officer

Bidang tugas ialah untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja di sesuatu premis pekerjaan / organisasi itu mengikut standard

NIOSH

DOSH. (Jangan lupa, gaji besar tetapi tanggungjawab juga besar)


13. Rig Operator / Operator pelantar minyak

Pekerja am yang membantu kerja-kerja di atas pelantar minyak. Kebanyakkan latihan diperolehi dari masa ke semasa semasa menjalankan tugas. Elaun harian yang diterima pastinya dapat menambahkan pendapatan. namun perlu ingat bahawa kerjaya sebegini perlu berkorban untuk berjauhan dengan keluarga.


14. Wireman

Untuk melaksanakan pemasangan elektrik dan pengujian di tapak. Wireman ini juga mempunyai pelbagai peringkat membolehkan mereka mengendalikan litar satu fasa atau tiga fasa untuk kawasan kediaman atau komersil.


15. Chargeman

Mengendalikan sistem elektrikal Voltan Melebihi Voltan Rendah ( Tanpa Talian Aerial dan Stesen Janakuasa Voltan Melebihi Voltan Rendah)


16. RoHS officer

RoHS atau Restriction of Hazardous Substances Directive adalah satu arahan untuk menyekat penggunaan daripada bahan-bahan berbahaya tertentu dalam peralatan elektrik dan elektronik. Di Malaysia, banyak syarikat pembuatan antarabangsa memerlukan pegawai RoHS untuk memeriksa dan mengesahkan barangan mereka memenuhi standard RoHS.

Terdapat banyak agensi yang menyediakan kursus pensijilan kepada mereka yang berminat untuk menjadi pegawai RoHS

Kepada pelajar yang mempunyai keputusan SPM yang tidak begitu cemerlang, jangan takut. Banyak jenis pekerjaan yang boleh anda ceburi. Apa yang anda perlu ada ialah usaha dan semangat yang tinggi untuk berjaya.


17. Peniaga Online (Dropship)

Ramai orang sangka bahawa untuk memulakan sesuatu perniagaan online memerlukan modal besar, namun anda silap kerana anda mampu berjaya dalam bidang ini tanpa menggunakan modal yang besar. Anda boleh bermula dengan konsep dropship, di mana anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk stok barang. Cukup dengan mengeluarkan kos iklan dan pemasaran. Anda hanya perlu mengambil order sahaja. Pos barang dan produk semua diurus pemilik produk. Mudah bukan? Ramai yang sudah berjaya menambahkan pendapatan mereka dengan hanya berusaha keras sebagai ejen dropship.


Monday, March 7, 2016

After 5 Years...

Guess what a wonderful happen to my life ! hahaha

Rasanya dah start kena blogging semula..Maybe lepas aku akan share citer2 yang umum sahaja.. not personal life..

Btw.. sgt enjoy dgn life skrg ..


Terlalu byk perubahan.. bkn saje pada personal life tapi juga dunia umumnya..
Skrg nak communicate pon hanya dgn whatsapp, facebook, twitter etc.. asalkan ada internet di mana saja.. tp yg paling penting handphone! of coz dah terlampau maju ke depan



teringat masa stdy dlu, isu global village (dunia tanpa sempadan) ..ye btul! perkara ni mmg dah terjadi skrg..betapa ramainya keyboard warrior dalam dunia alam maya.. dikenali juga sebagai netizen

teringat jugak last paper work .. isu blog sebagai sumber alternatif.. rasanya skrg ni dh byk dgt alternafit kot haha

Instagram & facebook dah jadi diari harian.. bayangkan smp nk ke toilet pon upload status ahahaha

Ape yg penting ilmu dan didikan agama.. Itu shj cara untuk kita kawal ok..

Okay ni saje la kot untuk very short entry after 5 to 6 years menyepi kot hahaha

Thursday, April 22, 2010

Pelajaran JAWI Hari Ini...



" Cik Ramlee, huruf apakah huruf ini ? Dia atas tanah, ada ekor, dan ada satu mata di tengah tengah "

" Matanya ada satu saja ya cikgu ? Ada ekor ? Atas tanah ? Huruf mambang tanah ! "

" Mambang tanah !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Yang ini bukan mambang tanah Cik Ramlee, ini huruf Jim ! "

" Jin ? Eh .. jin dengan mambang kan tak jauh "

" Jin dengan mambang !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Dah ! Aaa .. Cik Ajis, huruf apakah huruf ini, huruf ini sama dengan huruf jim, tapi tak ada matanya saja. "

" Oooo .. dia tak ada mata ? Sama sama jin ? Ooo .. jin mata buta la cikgu. "

" Mata buta !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Yang ini bukan jin mata buta Cik Ajis ... Yang ini huruf Ha ! Aa.. sekarang Cik Sudin pulak .. "

" Saya, cikgu "

" Aa.. kenal tak dengan huruf ini ? "

" Saya kenal cikgu "

" Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ini matanya di atas. "

" Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai tonceng ! "

" Tonceng?! Hahhahhahhahahha ..... "

" Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat "

" Cikgu .. "

" Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pulak. "

" Yang mana ? "

" Yang ini ... "

" Oh, ni saya kenal, saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M "

" Itulah jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha ! "


" Huruf Khaaa ? "





" Hahhahhahhahahha .... Hahahahhahahaha .....



itu bunyinya GHU UALAN bkn Jualan..

P/S:  Citer P.Ramlee ni x penah bosan..tgk byk kali pon mesti gelak hahaha



Best Regards,

~KaNtOiS TeRRiToRY~

Nasihat Dari Blogger - Hati-hati Dgn Touch n Go

Berhati-hati dengan Kad Touch N go


Dipetik dari dari blogger.......


"Rupa-rupanya kad Touch n Go (TnG) pun tak boleh diharap.Kaki tipu jugak.Oleh itu,hangpa dinasihatkan supaya berhati-hati dengan baki kad TnG hangpa.Aku sendiri dah terkena beb! Masa keluar dari tol Jalan Duta baki kad TnG aku ada RM92.90,tapi bila melalui sebuah lagi tol terbuka di Lebuhraya Duke yang berharga RM2.00, baki kad telah menjadi RM74.30.Ini bermakna aku telah dicaj RM18.60 untuk tol yang berharga RM2.00. Aku kerugian RM16.60.Itu baru aku sorang yang perasan terkena.Macamana pula bagi orang lain yang tak ambik pot dengan baki kad masing-masing? Kalau sorang dia tipu seringgit, cuba hangpa congak kalau 5 juta pengguna dia tipu sorang seringgit.Buta-buta saja...Aku pun selama ni tak ambik pot dengan baki kad,hari tu boleh perasan sebab baru top up sebelum masuk tol Juru,sebab tu la senang detect pasai ada resit top up tu lagi kat dalam poket.Kes ni,aku dah pi buat report kat kaunter TnG,dia kata dalam masa sebulan dia akan bayar balik duit yang terlebih potong tu.Sempat la depa rolling duit tu dulu...aku kasi can la kali ni.Lain kali kalau kena tipu lagi,aku nekad bawak pi mahkamah beb.Jadi berhati-hatilah kerana penyangak ada di mana-mana saja sekarang ni.Jangan terlalu mempercayai sistem buatan manusia."


P/S : Nasib baek aku naik moto p keje huhuuhu..anyway anda harus hati2..penipuan berlaku di mana2..


Best RegardS,

~KaNtOiS TeRRiToRy~

Wednesday, April 21, 2010

Ada Apa Dengan 5S?


Ari ni aku nak berkongsi dengan korang semua ..Ada Apa Dengan 5S?


Dulu aku x penah didedahkan dengan aktiviti 5S ni..Ape yg aku tau 5S ni tujuan utamanya nak melatih pekerja supaya bekerja secara tersusun dan sistematik. Dan ini adalah pendekatan yang dipraktikan oleh orang Jepun yang terkenal dengan disiplin yang tinggi.


Apa yang aku nak kongsi dengan korang pasal aku telah dilantik mengetuai Promosi 5S kat tmpt keje aku..huhu sebelum ni tmpt keje ni mane penah wat benda2 camni ..janji projek jalan untung masyuk sudah..haha


Nak dijadikan cerita.. company aku ni skrg tgh ligat dgn aktiviti 5S ..abis lah segala debu habok dicuci dgn baik skali hahaha korang bayangkan nak kejar persijilan ni dlm masa 42 hari..pecah rekod tu haha ( slalu makan masa stahun ke 2 tahun )

Ni brader zon aku, Sani Dol sedang bekerja keras mencuci segala habuk yang ada ..haha (aku yg suh dia panjat hahaa **x baik buli org tua wakaka


Korang tgk la cmna nnt ..ntah dpat ke x sijil 5S ni.. yang pasti aku kena wat promosi kaw2 punyer!!




Best Regards

-KaNtOiS TeRRiToRy-

Tuesday, April 20, 2010

Blog Bersawang-sawangan..

Blog aku dah bersawang-sawangan hampir beberapa dekad haha.. nak citer balik tersgt byk nak citer psl aku..

Status skrg : Single to Married ( aku dh kawin bln 12 yg lepas ) and became daddy mid of Sept 2010 ..Insyallah..doa-doakan..Amin..

Hidup aku kini sgt2 bahagia..di samping orang tersayang esp my wife..muacks!! love so much..

Erm.. pas ni aku akan sentiasa cuba mengupdate blog aku.. ape saja yang aku anggap menarik aku akan kongsi bersama kamu..

bye2

wslm